Thursday, 2 February 2012

Di Mana Kita Masuk Di Situ Juga Kita Keluar

kita, manusia tak pernah lari dari masalahkan... bila kita hadapi masalah kita selalu anggap kita tak boleh selesaikan betul tak...

bagi aku, masalah tu ibarat sebuah bilik yang ada satu pintu je... bayangkan kita masuk bilik tu melalui pintu tu, dan untuk keluar dari bilik tu kita perlulah keluar mengikut pintu tu jugak kan... dan keputusan untuk keluar dari bilik tu jugak terletaj pada diri sendiri betul tak...

so, sama la jugak dengan masalah yang kita hadapi... kita sebenarnye yang masuk ke dalam masalah kita sendiri... dan cara untuk keluar dari masalah ialah kita cuba selesaikannya dengan cara kembali ke titik mula di mana bermulanya kesalahan kita dan cuba keluar dari masalah tu dengan cara kembali ke pangkal jalan...

aku memang boleh cakap macam ni... tapi sebenarnye aku pun adalah manusia biasa yang sama jugak, selalu masuk dalam masalah aku sendiri... tapi aku cuma terfikir, kita memang selalu macam tu. apa2 pun, kita sama2 la cuba untuk betulkan kesalahan yang kita lakukan sedikit demi sedikit walaupun untuk kembali berada di luar masalah kita adalah lebih menyakitkan berbanding ketika kita masuk ke dalam masalah tu...

so, sebagai manusia yang diberikan kelebihan oleh Yang Maha Esa... sama2lah kita membaiki diri untuk jadi manusia yang lebih baik... InsyaAllah... Amin...

No comments:

Post a Comment